October 13, 2016

Rambut, tulang dalam perut buaya



Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

Samarahan: Rambut dan tulang ditemui dalam perut buaya jantan yang ditangkap di Sungai Samarahan, di sini, Isnin lalu.

Buaya sepanjang 4.1 meter dengan berat 500 kilogram itu ditangkap Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) kira-kira 200 meter dari Jeti Kampung Pinang.

Jurucakap SFC berkata, ia buaya kedua yang ditangkap dalam Operasi Nyah Buaya di Sungai Samarahan, di sini.

"Hasil pemeriksaan menemui gumpalan rambut dan tulang dalam perut buaya itu. Bahan bukti terbabit dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengetahui pemiliknya," katanya.

Katanya, SWAT akan terus memantau situasi buaya di Sungai Samarahan, namun ketika ini operasi nyah buaya dipindahkan ke Zon Nyah Buaya lain.

Pada 30 September, buaya jantan berukuran 2.9 meter ditangkap ketika operasi di sungai itu dan seekor lagi berukuran 4.4 meter ditangkap pada 8 Oktober lalu.

myMetro Rabu, 12 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment