October 13, 2016

Maut tercampak pulang klinik


Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my

Jasin: Pemandu dan penumpang sebuah kereta maut akibat cedera parah selepas tercampak beberapa meter dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Rim-Parit Keliling, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.05 petang, pemandu Proton Saga BLM S Sridevi, 29, dan ibu saudaranya D Avanesammal, 55, disahkan maut di lokasi kejadian.

Kemalangan turut mengakibatkan mulut anak bongsu Sridevi terkoyak, selain tangan kanan kanak-kanak itu patah, manakala seorang lagi ibu saudaranya berada dalam kenderaan sama juga cedera.

Selain itu, pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan turut cedera sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan kecemasan.

Adik lelaki Sridevi, S Sandrasegar, 26, berkata ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Nyalas, di sini, selepas menemani Avanessammal mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Pekan Jasin kerana sakit mata.

“Mendiang kakak saya meninggalkan tiga anak masih kecil berusia tiga hingga tujuh tahun,” katanya.

myMetro Selasa, 11 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment