October 13, 2016

Ditemui terdampar di pantai


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my

Langkawi: Mayat remaja lelaki yang hanyut dibawa arus ketika mandi di Pantai Chenang, di sini, petang semalam, ditemui lemas, pagi ini.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Fazdlullah Mohd Noor berkata, mayat Max Ng Yik Hang, 18, yang menetap di Damansara, Kuala Lumpur, ditemui terdampar di pantai kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, pada 7.25 pagi.

Katanya, mayat mangsa ditemui anggota bomba dan orang ramai yang menjalankan operasi mencari sejak petang semalam.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Yik Hang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua rakannya akibat dibawa arus ke tengah laut di pantai itu, pada 3.35 petang.

Bagaimanapun, dua rakannya, Jack Fong Tai Yung, 15, dan Sow Zu Hui, 16, berjaya diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

myMetro Khamis, 13 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment