August 3, 2016

Linda Helmi meninggal dunia


Muhammad Izzat Nusurudeen
am@hmetro.com.my

Taiping: Dramatis popular era 90-an menerusi drama bersiri Pendekar dan Spektra, Linda Helmi meninggal dunia akibat komplikasi hati di Hospital Taiping jam 4.30 petang semalam.

Linda, 55, atau nama sebenarnya Norlinda Ahmad dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu berikut penyakitnya itu.

Sumber rakan rapat artis berkata, beliau dimaklumkan kematian pelakon era 90-an itu petang semalam.

"Sebelum ini saya sempat melawatnya di Hospital Taiping sebanyak dua kali.

"Pertama pada dua minggu lalu keadaannya nampak ok dan kedua pada Rabu minggu lepas ketika itu keadaannya agak tenat. Sebelum dimaklumkan beliau sudah meninggal dunia petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan hari ini.

ARKIB
myMetro 22 Jun 2016

0 comments:

Post a Comment