November 2, 2015

Lans Koperal maut kereta rempuh lori tangki

Keadaan kenderaan mangsa. FOTO Asrizal Aris

Kampar: Lans Koperal polis maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh belakang lori tangki di Kilometer 310.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.08 pagi itu, mangsa, Mohamad Rafaie Abdul Karim, 25, yang bertugas di Balai Polis Pantai, Brickfield, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Kuala Lumpur mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa memandu kereta dipercayai hilang kawalan dan merempuh belakang lori tangki yang berada di lorong kiri lebuh raya.

"Akibat dari kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat manakala pemandu lori berumur 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemalangan mengakibatkan kereta mangsa mengalami rosak teruk di bahagian hadapan,"katanya.

myMetro 28 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment