June 21, 2013

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Mukah

ANGGOTA polis mengusung keluar mayat mangsa, Abdul Rais Hanafi yang rentung dalam kebakaran memusnahkan dua buah rumah papan di kampung Litong, Mukah, Sarawak hari ini. - UTUSAN

MUKAH 21 Jun - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) rentung selepas rumah didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Litong di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 9.15 pagi ketika mangsa, Abdul Rais Hanafi, 25, tinggal berseorangan dan mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan kayu rumah berkenaan.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik yang terletak di tingkat atas rumah kayu berkenaan.

"Mangsa cuba keluar dari bilik itu namun akibat api yang terlalu besar dia gagal menyelamatkan diri.

"Jiran di sini tidak berapa mengenali mangsa kerana dia kurang bergaul dengan orang luar dan difahamkan dia tinggal bersama keluarga angkatnya di rumah itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap polis Mukah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu mayat Abdul Rais telah dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan selepas pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 40 minit memadam kebakaran tersebut.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. - UTUSAN ONLINE

21 Jun 2013


Menjerit goncang pintu


RUMAH marak dibakar api di Kampung Litong.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran.

Mukah: “Saya sempat mendengar mangsa menjerit meminta tolong sambil menggoncang pintu utama, malangnya disebabkan api terlalu besar selain letupan kuat kedengaran, kami hanya mampu melihat sebelum jeritan itu hilang,” kata Sihah Hamzah, 60, menceritakan detik kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Litong yang mengorbankan seorang pesakit mental, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa Abdul Rais Hanapi, 25, ditemui rentung dalam sebuah bilik dipercayai terperangkap berikutan pintu rumah dikunci daripada luar.

Sihah yang juga jiran mangsa berkata, sebelum kejadian dia di rumahnya terletak kira-kira lima meter sebelum terdengar jeritan mangsa selain melihat kepulan asap tebal ke udara.

“Saya bersama anak Jamaiah Abdul Rahman, 32, kemudian bergegas ke rumah mangsa untuk memberi pertolongan, tapi malangnya, gagal berikutan api semakin membesar selain letupan kuat berlaku. Kami juga memikirkan keselamatan, malah penduduk juga tidak berani mendekati rumah mangsa untuk menghulur pertolongan.

“Api kemudian menyambar sebuah lagi rumah berdekatan sebelum penduduk menghubungi bomba dan penyelamat memaklumkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

myMetro 22 Jun


Dua rumah terbakar di Kampung Litong, seorang OKU maut

PADAM BARA: Seorang anggota bomba memadam api yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Litong, Mukah semalam.

RENTUNG: Mayat mangsa dibawa menggunakan kenderaan polis.

MUKAH: Sekelip mata, dua buah rumah di Kampung Litong di sini tinggal rangka selepas musnah dalam kebaka­ran yang berlaku sekitar jam 8 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa orang kurang upaya (OKU) Abdul Rais Hanapi, 25, anak kepada seorang ibu tunggal, gagal menyelamatkan diri daripada kebakaran dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Saksi, Fadzariah Abdul Rahman, 28, memberitahu pada mulanya mereka yang duduk di halaman rumah terhidu bau seperti getah ter­bakar dan tidak menyangka ia datang dari rumah jiran, iaitu rumah Salehah Ali.

“Selepas terhidu bau terse­but, adik saya keluar untuk memastikan dari mana da­tangnya bau tersebut. Apa­bila dia keluar dan menyedari rumah jiran kami terbakar, kami menjerit untuk meminta bantuan daripada orang kam­pung.

“Selang beberapa minit kebakaran bermula, kami terdengar satu letupan agak kuat yang dipercayai akibat letupan tong gas di rumah tersebut.

“Kami tahu rumah itu ada seorang OKU. Kami cuba membantunya yang terper­angkap tetapi malangnya tidak berjaya,” kata Fadzariah sambil menambah, rumah tersebut turut berkunci.

Sementara itu, Salehah, 49 berkata dia tidak mengetahui kebakaran berlaku kerana pada waktu itu dia berada di tempat kerja.

Menurutnya, selain anakn­ya yang maut dalam kebaka­ran itu, kesemua dokumen penting gagal diselamatkan dan dia kini tinggal sehelai sepinggang.

Seorang lagi mangsa, Drah­man Mut, 64, iaitu pemilik rumah bersebelahan rumah Salehah berkata, keluarganya berada di rumah semasa ke­jadian.

“Pada waktu itu, saya masih di Pasar Basah Mukah untuk menjual ikan, apabila saya diberitahu bahawa rumah saya terlibat dalam kebakaran, saya bergegas pulang ke rumah namun hanya mampu meli­hat api marak memusnahkan segalanya.

“Semua dokumen penting tidak dapat diselamatkan, namun saya tetap bersyukur kerana kesemua ahli keluarga saya selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Mukah Alimat Sam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.58 pagi dan tiba di tempat kejadian pada jam 9.12 pagi dengan sebuah jentera dan lapan anggota.

“Kita terpaksa menggu­nakan sumber air dari sungai kerana tekanan paip bomba di kawasan tersebut tidak kuat.

“Api dapat dikawal dengan mudah kerana angin tidak begitu kencang. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar jam 10 pagi,” jelas­nya.

Utusan Borneo 22 Jun 2013


Single mum loses only son in fire

CHARRED REMAINS FOUND: Disabled youth trapped in burning house as mother was away at work

MUKAH: A SINGLE mother lost her only son, her home and all her belongings in a morning fire yesterday.

The 9am incident claimed the life of disabled 25-year-old Abdul Rais Hanapi who was trapped in the raging inferno.

His charred remains were found after firemen doused the fire that razed two homes in Kampung Lintong here yesterday.

Salehah Ali, who is a canteen worker at the Maktab Rendah Sains Mara here, said she always felt uneasy at having to leave her adopted son at home when she went to work.

The 49-year-old said she had no choice as she had to make ends meet.

"There was always that heavy feeling in my heart leaving my son all alone at home every time I went to work. I had no choice but to leave him at home.

"I would prefer to stay by his side every day but who will feed us if I do so.

"Rais is not my flesh and blood but he is the only child I have," said Salehah who adopted Rais young.

Seven firemen from the Mukah Fire and Rescue Department station took 10 minutes to put out the blaze.

NST 22 June 2013


0 comments:

Post a Comment